Cetak mug , piring , gelas , seramik, bag , tshirt , cap , kraf kain felt,keychain dan sebagainya. Sesuai sebagai door gift, cenderahati perkahwinan, hadiah harijadi, cenderamata, cenderahati korporat, dan juga sesuai bagi sebarang majlis sama ada reunion , perpisahan, hari guru , aqiqah , dan sebagainya. Cgift Studio menggunakan teknik cetakan DECAL dan HEAT PRESS { SA0220299-D }



Jumaat, 12 Oktober 2012

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik. Agak lama jugak CheDin tak update blog nie...nak kata busy sangat tak jugak...kadang2 tu tak ada idea apa yang nak ditulis.Okey...kali nie CheDin nak update pasal tempahan doorgift mini mug & big mug dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Negeri Serambi Mekah- Kelantan Darul Naim). Tempahan nie dari Cik Maisarah dan rakan2nya (Student USIM) yang buat praktikal kat Kelantan.Sebenarnya tempahan nie dah lama...CheDin tak sempat nak update. Okey...sapa nak tempah cenderamata & tshirt dgn harga yang berpatutan..call @ email kat CheDin ye..019-3436335 & email:jomcetak@gmail.com   



Add caption




Selasa, 17 Julai 2012

BOWLING...BOWLING...
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
JOM main bowling...kasi training habis-habisan tau...dah terror...ape lagi buat tournament le...pasal doorgift atau cenderamata hangpa jangan risau...CheDin ada...mai tempah dengan CheDin...Insyaallah tempahan hangpa boleh siap seperti yang dijanjikan.
Cakap pasal bowling nie...CheDin nak update pasal doorgift PERTANDINGAN BOWLING yang di tempah oleh Saudara Zaidy dari LHDN Pulau Pinang. Terkejut juga CheDin apabila dapat call dari LHDN....ingat ada masalah pasal income tax...seingat CheDin income tax dah declair & tak ada masalah. Rupa2nya Saudara Zaidy nak tanya pasal tempahan doorgift...huhuhu lega rasanya.Setelah berbincang dan berpuas hati dengan harga yang CheDin tawarkan...beliau memilih mini glass (QENI) sebagai doorgift. Designnya dibuat oleh Saudara Zaidy sendiri...Memang kreatif orangnya...CheDin hanya cetak aje kat mini glass tu...senang le sikit keje CheDin.
Okey..nie le doorgift PERTANDINGAN BOWLING BERPASUKAN  LHDN PULAU PINANG. Designnya hasil karya Saudara Zaidy.
Nak cetak cenderamata & Tshirt ?...sini le tempatnya. CheDin - 0193436335 / email: jomcetak@gmail.com











Ahad, 15 Julai 2012

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Apa khabar semua, harap semuanya Ok & bagaimana persiapan nak sambut Ramadhan Al-Mubarak nie?...puasa2 yg lepas dah ganti ke belum?...jgn tunggu lg..dah tinggal beberapa hari lg nie...dlm kita bersiap nak sambut Ramadhan nie...CheDin dengar ada yg dah siap baju rayanya...ok juga klu dah siap awal2 nie ye..tak le berebut2 masa berpuasa nanti.

Okey le..kali nie CheDin nak update sikit pasal tempahan dari Regular Customer. Miss Rewathy dr Puchong. Dah lama nak update pasal Miss Rewathy nie...tp tak kesempatan...sorry ye Miss Rewathy...jgn mare ye..First time  Miss Rewathy order mug kat Cgift utk bg hadiah birthday member (Vasanthi) pd 19 July 2011. Beliau amat berpuas hati dgn hasil kerja dr Cgift Studio nie...so, blh dikatakan tiap2 bulan ada saja order dr Miss Rewathy nie...CheDin pun amat senang berurusan Miss Rewathy nie...nie nak minta maaf kat Miss Rewathy sbb ada gbr mug yg ditempah hilang dr simpanan CheDin. Okey nie CheDin uploadkan mana yg ada dulu...klu CheDin jumpa gbr yg hilang tu...CheDin akan uploadkan kemudian ye...spt biasa sapa nak tempah cenderamata & tshirt...jgn malu2..call @ email CheDin - 0193436335 @ jomcetak@gmail.com 













Rabu, 4 April 2012

NUHA'S 6TH BIRTHDAY PARTY



Apa Khabar semua?.....harap semua sihat2 aje. Nuha's 6th Birthday Party?...CheDin nak buat birthday party ke?...Siapa NUHA nie?....hehhehe...tu yg CheDin nak update untuk kali nie. NUHA nie anak kesayangan En.Feisal dari Desa Petaling. CheDin dapat call dari En.Feisal dan beliau bertanya mengenai cetak mug utk birthday anaknya.Setelah melihat blog & fecebook CheDin, beliau tertarik dengan gambar 'Personnel Mug' yg CheDin post kat facebook... Boleh ke CheDIn cetak mug yang berlainan design? tanya En.Feisal. Bolehhhhh.....kat Cgift Studio nie CheDin buat ikut kehendak anda.Apa2 design pun boleh....nak cetak berlainan design setiap mug pun boleh...Berbalik pada Nuha Birthday nie... gambar dan ucapannya disediakan oleh En.Feisal sendiri. CheDin cuma masukan gambar NUHA dan edit design sikit2 aje. Bila tunjukkan kat En.Feisal dan beliau amat berpuas hati dgn design tersebut. Oh..ya.. Majlisnya telah berlangsung pada 25 March yg lepas.Terima Kasih pada En.Feisal kerana tempahan ini dan senang berurusan dengan En.Feisal. Okey...nie le gambar2 mug yang di tempah oleh En.Feisal. 
Seperti biasa....sapa2 nak cetak mug cenderamata & t-shirt dengan harga yang berpatutan....
call aje CheDin- 019-3436335 & email : jomcetak@gmail.com  







                                             

Isnin, 5 Mac 2012

JOM LE..CETAK TSHIRT
Assalamualaikum..semua...apa kabor?
Kome nak cetak tshirt dengan design sendiri?  kome nak letak gambar sendiri pun boleh...kome nak buat tshirt utk di hadiahkan pada orang yang tersayang?...atau utk sebarang majlis le...Harga berapa?...jgn risau...CheDin bg harga yg amat berpatutan...jangan malu2..call aje CheDin @email ke jomcetak@gmail.com



Selasa, 31 Januari 2012

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apa kabor semua....cetakan plate lagi....update kali nie CheDin nak cite pasal cetakan plate jugak. Tempahan   En.Othman sekeluarga dari Kuala Kangsar, Perak. En Othman tempah 3 pcs plate iaitu utk beliau suami & isteri - gambar semasa mengerjakan haji , anak sulongnya - gambar pasangan pengantin dan anak keduanya -gambar family dgn baby -nie cucu pertama En Othman. Ucapan tahniah le kat En Othman sekeluarga kerana di kurniakan cucu pertama -perempuan......dengar cite En Othman baru aje dapat cucu kedua mereka-perempuan jugak....Tahniah sekali lagi kat En. Othman sekeluarga. Maklum balas yg CheDin terima, mereka sekeluarga amat berpuas hati dengan hasil kerja Cgift Studio. Nak tengok komen mereka blh ke facebook Che Din Jomcetak .
Nie le plate tempahan En Othman.
Okey.....sapa2 nak buat cenderamata & tshirt utk ape majlis aje boleh call aje CheDin -019-3436335 @ email: jomcetak@gmail.com 





Jumaat, 27 Januari 2012

8in PLATE - CETAKAN PENUH.

Assalamualaikum semua.....kali nie CheDin nak update sikit mengenai cetak plate untuk cenderamata AJK PIBG SMK Bukit Sentosa. Che Din dapat order nie dari Cikgu Rahayu (Setiausaha PIBG) untuk buat cenderamata bagi AJK PIBG sesi 2011 ~ 2012. Mula-mula pening juga nak buat design ape....sebab Cikgu Rahayu hanya bagi senarai nama AJK dan lencana sekolah aje.....design ikut kreativiti CheDin sendiri kata Cikgu Rahayu. Pening memikirkan design ape yang sesuai.....last2 dapat idea untuk letak gambar sekolah sebagai backgroundnya. Bila dah siap design dan tunjuk kat Cikgu Rahayu....beliau berpuashati dengan design nie. Nak ucap terima kasih pada Cikgu Rahayu kerana senang berurusan dengan beliau. Terima Kasih jugak pada pihak sekolah SMK Bukit Sentosa kerana membuat tempahan dengan Cgift Studio. Okey....sapa2 kat luar sana nak buat cenderamata @ cetak tshirt ....hubungi CheDin 019-3436335 @ email: jomcetak@gmail.com