Cetak mug , piring , gelas , seramik, bag , tshirt , cap , kraf kain felt,keychain dan sebagainya. Sesuai sebagai door gift, cenderahati perkahwinan, hadiah harijadi, cenderamata, cenderahati korporat, dan juga sesuai bagi sebarang majlis sama ada reunion , perpisahan, hari guru , aqiqah , dan sebagainya. Cgift Studio menggunakan teknik cetakan DECAL dan HEAT PRESS { SA0220299-D }



Rabu, 27 April 2011

BAJU KORPORAT PDRM - IPD BERA,PAHANG







Tempahan Khas dr IPD BERA. Baju bersulam logo Intergriti, gambar kereta peronda EVO,Nama anggota dan  Unit serta bendera malaysia kat lengan kanan. Terima Kasih pada IPD BERA kerana memberi kepercayaan pada pihak Cgift.Selain cenderamata, Cgift juga menerima tempahan membuat baju korporat dan tshirt.

Selasa, 19 April 2011

SELAMAT BERTUNANG


Satu kelainan di cipta oleh En.Shahrin & Cik Siti Hajar dlm memilih barangan hantaran utk majlis pertunangan mereka. Mengabadikan gambar mereka di piring dan mug sebagai kenangan pertunangan mereka. Ini merupakan satu idea yg unik. Rasa-rasanya belum ada lagi pasangan yg memilih barangan hantaran sebegini. Tahniah le buat En Shahrin & Cik Siti Hajar kerana memberi ilham kepada Cgift utk mempromosikan cetakan piring dan mug utk barangan hantaran perkahwinan dan pertunangan. Idea ini juga memberi ruang kepada pasangan lain utk mencipta satu kelainan dalam meraikan majlis mereka. Alamak....panjang berjelar pulak ulasan kali nie....bukan apa...teruja dgn idea yg unik ini.

Ahad, 17 April 2011

Cinta Bersatu - Yusaidi & Yusnita

 CINTA BERSATU tema majlis raja sehari pasangan Yusaidi & Yusnita. Memang dah jodoh le tu.....Nama pun seakan sama....nak jadi cerita nama bakal pengantin  perempuan sama pulak dengan bakal kakak iparnya...dah serasi le tu.....bila pihak Cgift dpt tahu cerita nie.....timbul ilham utk memberi tema CINTA BERSATU pada pasangan nie.....ok ye Kak Yus......terima kasih kerana order dgn Cgift. SELAMAT PENGANTIN BARU....Semoga berkekalan hingga akhir hayat.....ucapan tulus ikhlas dari Cgift

Rabu, 6 April 2011

DOOR GIFT - Majlis Anugerah Dekan Uitm, Shah Alam



Alhamdulillah.......siap jua tempahan door gift utk Majlis Anugerah Dekan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Shah Alam. Ini merupakan tempahan kedua dr pelanggan yg sama. Walaupun tempahan dibuat pada saat-saat akhir.....pihak Cgift berjaya jua menyiapkannya. Terima Kasih kpd pihak UiTM kerana menpercayai keupayaan kami. Terima Kasih Daun Keladi....

Jumaat, 18 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru Mohd Fazil & Nulyani Ilia

Door Gift Majlis Raja Sehari Mohd Fazil & Nulyani dari Jelebu Negeri Sembilan pada hujung minggu ini. Pasangan ini mengabadikan majlis bersejarah mereka di Mini Vantage Mug. Cgift mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.....Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.



Khamis, 10 Mac 2011

              PROMOSI HARGA RUNTUH.....PAKEJ BAJET


MINI VANTAGE MUG TANPA CETAKAN SERENDAH 
RM1.50/PCS - MIN ORDER 1000PCS
RM1.80/PCS - MIN ORDER 600PCS

Door gift yang mendapat sambutan hangat. Sila buat tempahan awal untuk mengelak kehabisan stok. 
Pakej Cetakan Bajet:
- Cetakan nama sahaja = + 50 sen /pcs
- Cetakan nama + mini photo = + 80sen /pcs

Selasa, 8 Mac 2011

HAPPY 1st BIRTHDAY



Happy 1st Birthday for Nur Izzah Insyiraah. Tempahan Mug Qenit dari Puan Suzana dari USJ 16 untuk majlis birthday puterinya. Puan Suzana merupakan pelanggan bertuah kerana tempahan pertama menggunakan logo baru ' Cgift'.
LOGO BARU 

Bermula 1 Mac 2011, Qedaiz Cetaqs menggunakan logo baru. Penggunaan logo nie nampak lebih ringkas dan effisen.Kami banyak menerima komen dari pelanggan menyatakan susah untuk menyebut Qedaiz Cetaqs. Hasil dari itu kami mengambil keputusan menggunakan nama baru iaitu 'Cgift'.

Ahad, 20 Februari 2011

DOOR GIFT - QASEH 2

Qaseh 2 - Door Gift untuk sebarang majlis. Abadikan majlis anda di mug ini. Qaseh 2 di lengkapi dengan kotak dan sudu sebagai dekorasi. Tetamu anda pasti terpesona dengan door gift yang mereka terima. Apa tunggu lagi....buat tempahan awal....

Rabu, 16 Februari 2011

Acrylic Keychain





Tempahan dari Pelajar-pelajar SKRTB Bukit Changgang. Walaupun artwork design berlainan setiap satu, kami berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan pelajar- pelajar ini. 
Keychain ini juga sesuai sebagai doorgift majlis perkahwinan, harijadi,cukur jambul, reunion dan sebagainya. Anda boleh mengabadikan gambar anda pada keychain ini. Minat untuk buat tempahan? hubungi Che Din Cetagift untuk mendapat harga yang menarik....    

Jumaat, 4 Februari 2011


ENGLISH STYLE




Cenderahati @ Doorgift yang mendapat permintaan yang tinggi di musim perkahwinan.
Mug yang mempunyai satu bahagian cetakan bunga dan disertakan kotak. Sesuai dijadikan cenderahati @ doorgift untuk sebarang majlis.

Di datangkandalam 2 saiz :
* Qaseh 1 - 2in x 2 in
* Qaseh 2 - 8cm x 6cm

Anda boleh abadikan majlis anda untuk kenangan saudara mara, rakan-rakan dan  para jemputan dengan membuat cetakan dibahagian yang satu lagi....Apa tunggu lagi....mai tempah cepat.....produk ini terhad apabila tiba musim kahwin....buat tempahan awal...Klik sini












Sabtu, 8 Januari 2011

Acrylic Keychain


Acrylic Keychain-Produk Terbaru
Sesuai untuk dijadikan cenderamata (gift door) bagi sebarang majlis. Gambar lebih jelas kelihatan dan menarik. Cetakan 1@ 2 bahagian mengikut pilihan anda. Boleh guna design anda atau kami designkan untuk anda secara percuma...ape tunggu lagi...mai order cepat...berapa harga yang kami tawarkan?...mai tinjau sini

 

Khamis, 6 Januari 2011

Produk Qedaiz Cetaqs ke Singapura

Produk Qedaiz Cetaqs telah terbang ke Kota Singapura. Tempahan Mini Vantage Mug bercetakan karikatur birthday Party di terima dari Cik NorAzila Razali- dari Choa Chu Kang St 52, Singapore.

Mini Vantage Mug -Tempahan dari Cik NorAzila
Sebahagian Mini Mug yang telah siap dicetak


Tempahan telah siap di bungkus dan sedia di terbangkan ke Kota Singa


Sempena Birthday Party - Qedaiz Cetaqs berbesar hati menghadiahkan sebuah Plate bercetakan karikatur Birthday Party buat Cik NorAzila

Qedaiz Cetaqs mengucapkan ribuan terima kasih daun keladi kepada Cik NorAzila. Harap berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kalau ada tempahan lagi....jangan segan-segan hubungi QEDAIZ CETAQS.

Kalau Puas Hati Sebar-Sebarkan.....Jika Tak Puas Hati Bagitau Kami.

Rabu, 15 Disember 2010

Anda tercari-cari gift yang spesel untuk majlis anda?
Mai singgah di Qedai'z Cetaq's.

Qedai'z Cetaq's menyediakan perkhidmatan membekal,menjual dan mencetak pelbagai cenderamata berasaskan seramik,kaca,kayu dan sebagainya.

Qedai'z Cetaq's juga menyediakan perkhidmatan mencetak kad kahwin,kotak gift,beg kertas dan woven bags.

Kami sedia mengambil tempahan. Anda boleh menggunakan design anda sendiri atau boleh pilih design yang kami sediakan.

Sesuai sebagai CENDERAHATI: perkahwinan,pertunangan,aqiqah,cukur jambul,harijadi,hari guru atau sebarang majlis